Suatu petang dalam jam 6.oo p.m aku rase bosan betul dengan program di tv.. last2 aku cuba AEC 301.. aku pun tibai tengok drama cina..mula2 tengok tu memang ingatkan drama cina yang asli,rupanya drma korean yang dialihbahasa cina..tak kisah la kan sebab aku pun bukan reti bahasa cina or korean..yang penting ada subtitle kat situ..
Drama ni mengisahkan ketabahan seorang ibu tunggal yang menyara 6 orang anak dan seorang kaka ipar yang bermadu tapi menyorok kat rumah dia..banyaklah beban yang terpaksa ditanggung nya..salah satu drama yang aku tengok macam hidup2 je lakonan mereka..ibu tunggal ni menyara hidup dengan menjual kuih..macam kuih pulak tu..kuih tepung kuda dan jeli buah oak..bunyi macam sedap je..kalau dapat resepi boleh jual kat Malaysia..tapi yang peliknye mereka tunjukkan sunguh2 diorang masak kuih tu..sampai kan 2,3 kawah..kalau kat malaysia,drama kacau dodol..kacau kawah kosong je..
Pastu kanak2 dia yang kecik2 pandai sungguh berlakon..memang jadi! memang berbakat..memang hidup drama ni..aku tak penah puji drama macam ni..mcm2 drama aku tengok cthnye aruna tv, suara hati, manjalara tapi tak se 'best' drama ni.
nak cerita panjang kat sini pun tak cukup ruang..kalau rasa interested nak tengok boleh tengok setiap isnin hingga jumaat pukul 6 ptg di Saluran AEC 301..dekat astro.
Friday, July 24, 2009
Sixth children Korean Drama..
Posted by Tihara at 21:04 0 comments
Saturday, March 21, 2009
Misteri Jalan Pagar Sasak
Siang tadi aku terbaca artikel mengenai sebuah kemalangan di Pagar Sasak yang dialami oleh sebuah keluarga dari negeri Kelantan..dipercayai bahawa stering kereta yang dipandu tiba-tiba menjadi keras dan menghala ke belakang sebuah treler..syukur,tiada nyawa yang hilang..
Kejadian ini mengimbas kembali kejadian yang menimpa 3 orang kenalanku di laluan yang sama tetapi dalam kejadian yang berasingan..seorang telah mengalami kecederaan yang parah dan seorang lagi telah pergi buat selama-lamanya..sorang lagi kenalan paling rapat hanya cedera ringan setelah terlibat kemalangan bersama keluarganya..
Betul kah desas desus yang mengatakan laluan dari Pagar Sasak dan laluan yang berhampiran dengan Bukit Tujoh ni adalah keras..memanglah batu-batu jalan tu keras tapi tempat tu orang kata "kerass" ..eei seramnya,aku dah beberapa kali lalu selalu juge terhidu bau harum semerbak sepanjang jalan ini..lagi satu laluan ini dilitupi hutan yang tebal dan banyak banjaran..paling tak dapat lupa kejadian kemalangan bas pada tahun 2003 tak silap..sangat dahsyat! kejadian berlaku hampir dengan kawasan Bukit Tujoh..Ape2 pun berdoa dan bertawakal kepada Allah sentiasa semasa hendak memulakan dan semasa perjalanan..beringatlah dan berhati-hati kepada sesiapa yang menggunakan laluan ini especially yang menghala ke Kelantan,for sure lalu jalan ni..
Posted by Tihara at 09:26 0 comments
Wednesday, February 11, 2009
Kisah IT - Apa Maksud Ku?
Apa itu IT? bukan hanya bermaksud Information Technology tetapi ada yg lebih tersirat dari itu.IT yang aku kenal ini tidak pernah mengenal erti putus asa..dia sangat ikhlas..segala kerja yg dilakukannya untukku memberi kesan yg mendalam dalam hati ku..aku dapat rasakan ketulusan itu..selama 4 tahun aku mengenalinya,tak pernah sekalipun dia membantah arahanku..dia lebih berusia dari aku namun sifat hormatnya kepadaku membuatkan aku jadi segan..
IT ini memiliki 4 cahaya yang perlu diterangi sentiasa demi masa hadapan dan demi kelansungan hidup..digagahi juga..mengharungi kabus pagi untuk sesuap nasi..tak pernah dia terlewat.. aku kagum melihat kegigihan nya..wajahnya sentiasa berseri-seri walau aku tahu dia menyimpan seribu permasalahan hidup..bukan senang nak mengharungi hidup ini jika diri adalah IT.
Doa dan harapanku semuga 4 cahaya IT ini akan memberi sinar yang lebih cerah kepadanya..Insya-Allah.
Bagaimana dapat aku membalas jasanya padaku..Apakah maksud IT yang aku maksudkan? Adakah anda tahu?
Posted by Tihara at 06:03 0 comments
Wednesday, January 07, 2009
Alexander bukan Zukarnain?
Topik yang menarik perhatian apabila ramai yang percaya bahawa Alexander the great adalah Iskandar Zulkarnain.
Alexander adalah anak Philip II of macedon.Alexander menakluki dunia melalui darat manakala Iskandar menakluki dunia melalui laut. Dipercayai juga bahawa Alexander telah mengalahkan tentera Iskandar bagi menakluki kota babylon.
Posted by Tihara at 07:55 1 comments
Monday, January 05, 2009
Dendam cinta
Suatu ketika dahulu saya pernah terdengar satu panggilan telefon di corong radio..wanita ini berkata dia pernah menyintai seseorang dengan sesungguh hati walaupun cintanya ditolak oleh lelaki itu. Setelah itu dia mengetahui lelaki itu telah berkahwin dengan gadis lain. Selepas itu wanita ini juga berkahwin dan mempunyai anak. Namun panggilan nya berbaur dendam apabila dia mengatakan wanita yang mengahwini lelaki itu sebagai perampas! .. dan dia mengaku masih menyintai lelaki itu dan dia juga masih menyimpan harapan...
Setelah mendengar luahan rasa wanita ini kepada penyampai radio tadi saya jadi kebingungan memikirkan..apakah rasionalnya dia bertindak begitu?
Posted by Tihara at 07:29 0 comments

