Beberapa minggu telah berlalu..aku dan Farhan agak sibuk dengan kerja masing-masing...namun kami cuba meluangkan masa bersama-sama untuk membeli kelengkapan pertunangan kami nanti..
Kini, diri ku semakin dapat menerima hakikat yang aku bakal jadi milik Farhan..Kadang-kadang rasa tak sabar nak menempuh hidup bersama...Kalau lah Farhan tahu, malu nyeee..
Satu pagi tu, aku dapat panggilan dari Farhan.." Rahil, saya kena out station ke Kedah hari ni..Rahil jaga diri baik-baik ya" Suara Farhan kedengaran agak sayup di hujung telefon..aku tak dapat berbual panjang sebab tengah sibuk sangat dengan kerja..aku cakap dengan dia pun macam acuh tak acuh..sorry la Farhan yek..
Petang tu, aku pulang ke rumah dalam keadaan yang longlai sangat..tak tau kenapa..kenapa ek? aku pun menghempaskan diri ke atas sofa empuk di ruang tamu..sambil mata macam nak terkatup tu, tiba-tiba deringan telefon mengganggu suasana.. terkejut juga aku, bila kakak Farhan yang telefon..ni mesti nak discuss pasal pertunangan kami nanti..aku sambut panggilan kakaknya dengan hati yang berbunga-bunga.." Assalamualaikum Rahil, akak nak bagitau ni..awak sabar ye..tenangkan hati..Farhan dah tak ada Rahil", Suara kakak nya terketar-ketar di hujung talian.." Kenapa ni kak?" Air mataku berjuraian tak dapat ditahan.." Farhan kemalangan tengah hari tadi, kita kena sabar banyak-banyak Rahil", kakak nya cuba memujuk ku..
Beratnya dugaan ku kali ini..lebih berat dari dulu..Ya Allah kuatkanlah semangatku..malam itu juga ,aku dan keluargaku sepakat ingin bertolak ke rumah Farhan secepat mungkin memandangkan ibunya juga ditahan di wad kecemasan kerana serangan jantung.. aku meneruskan perjalanan ke rumah Farhan ditemani Ida dan Paez manakala keluarga bertolak dari kampung ..Aku cuba mengawal perasaanku namun aku tak mampu..segala memori bersama Farhan memancar-mancar seperti kilat..hancur luluh hatiku tapi apakan daya segalanya telah disuratkan oleh Yang Maha Esa..aku pasrah..
Setibanya aku di sana..satu kejutan lagi yang terpaksa kuterima, ibu Farhan pula menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam itu..sayu nya hati ku bila terkenangkan pelukan erat ibunya sewaktu aku bertandang ke rumah ini tempoh hari..insan-insan yang mula ku senangi telah pergi meninggalkan ku baut selama-lamanya..
Kini aku sendirian lagi..Cinta farhan masih tersemat di jiwa ku..walaupun jasadnya telah tiada namun kurasakan jiwanya telah bersatu dalam hatiku..Farhan nantikan aku di sana..
~TAMAT~
0 comments:
Post a Comment