Followers

Wednesday, July 07, 2010

Syakira 2

Cuti sekolah telah tiba..inilah saat yang sangat aku nanti-nantikan..kerana bila cuti sekolah bermula, banyak kenduri kahwin akan dilansungkan..kadang-kadang hampir setiap hari..inilah masanya aku dapat merasa makanan yang lazat-lazat..

  Ayam masak merah adalah juadah kegemaran ku di rumah kenduri..aku dan abang-abang ku tak pernah terlepas menjamu selera di rumah orang kahwin.. Kami tidak bimbang jika tiada apa untuk dimakan di rumah..Selain itu, waktu cuti begini Abang ku yang kedua  gemar mencari ikan..tak kira di mana, di lombong, sungai atau kolam-kolam terbiar..dia mesti pergi..kalau dapat ikan, dibawanya pulang..jika tiada beras Abang Long akan memanggang ikan tersebut sebagai alas perut..bau harum ikan panggang bertebaran ke segenap pondok buruk yang kami diami..

  Satu petang.. aku dikejutkan degan berita yang sangat menyedihkan..Abangku yang kedua telah ditimpa kecelakaan.. dia dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas ke tepi jalan tempat dia mencari anak ikan..kaki abang ngah patah..sungguh malang nasib diri nya..sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi..abang ngah pula terlantar di hospital..kami adik beradik pun tak dapat nak menjenguk nya selalu...alangkan nak menjamah makanan pun begitu perit untuk kami..

    Aku lihat Abang Long termenung panjang di jendela..aku memandang nya..dia hanya tersenyum kelat..aku pandang dia lagi sekali dengan penuh persoalan..abang long memahami..dia memberitahuku bahawa mungkin kamia adik beradik akan ditempatkan di rumah kebajikan..aku tertunduk sayu..di hati kecil ku tak ingin berpisah dengan adik beradik..kalau kami diletakkan di tempat yang sama, alangkah gembiranya hidup ini..

    Aku membayangkan, pasti hidup ku lebih terurus disana..pasti hanya makanan yang enak-enak sahaja akan dihidangkan..pakaian yang cantk-cantik..aku tersenyum sendirian..tiba-tiba aku  terkenangkan abang ngah di hospital..bagaimana keadaannya sekarang??



~bersambung~


  


 

5 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

alamak bersambung lagi macam astro

Tihara said...

hehe

Love Says it All~ said...

EXPRESS BRIDAL MAKEUP CLASS IN TERENGGANU!!!!

Price: RM480/person
Place: Residence Resort Paka, Terengganu
Date: 17th & 18th December 2010. (pick one date)
Time: from 10:30am-5:30pm

Syllabus includes:
-Makeup application step by step of modern trend of bridal makeup
-3 styles of hairdo tutorial
-shading & contouring
-eyebrow shaping
-many tips & tricks will be revealed during the class

**certificate of attendance will be given
**bring your friends& family along and get RM100 discount for each person you bring.
**minimum each session 8pax. maximum 10 pax
**free gift for first 5 students

HP: 016-2128740
E: eyrarizal@gmail.com
Web: http://www.eyrarizal.com

Said Saiful Fazli said...

salam...nk singgah jap leh?

Tihara said...

boleh aje