Lunak..merdu..mengasyikkan.. rasa sungguh terhibur..bayangan Suria semakin kelam..seperti debu-debu berterbangan mengekori sinar cahaya... cemerlang nya warna pelangi menarik rasa hati ku..aku kian tertarik..tempat apa kah ini?..wajah lembut gadis yang menemani ku tadi, menyejukkan pandangan ku..aku alpa, aku di luar sedar yang diri ku terpukau..
Gadis itu menyapa ku..mempersembahkan dirinya dengan nama Seri Pelangi...Aku rasa bahagia sekali saat menatap wajah nya..seakan ada cahaya yang memukau dan meresap di dalam jiwa ini. Semakin lama, saat yang aku tempuh..semakin hilang Suria di hati..
Gadis pelangi telah mempersembahkan hidangan yang lazat seperti tahu aku dalam kelaparan dan kehausan...Suria semakin hilang dan kelam dalam jiwa ku.. Dalam hidangan yang sebanyak itu, aku tertarik dengan satu botol minuman yang cantik.. kecil dan comel..penutupnya dari mutiara.. aku simpan botol itu tanpa disedari si gadis pelangi...
Setelah malam melitupi suasana alam maya..aku bersendirian di tepi anak sungai sambil membelek-belek botol kristal tadi..di dalam kepekatan malam, seakan-akan ada cahaya yang menyuluh dari dalam botol kristal itu.. memori tentang Suria berdesup kembali meresap dalam jiwa ku..aku tersentak dari lamunan dek keasyikan gemerlapan cahaya dari botol itu..aku tersentak kerana ada suara halus sayup kedengaran di hujung deria..
Aku perhatikan ke dalam anak sungai..ku sangkakan ada anak-anak ikan yang boleh berkata-kata..huh! Sangkaan ku meleset sama sekali..suara itu memanggil nama ku..
~bersambung~
0 comments:
Post a Comment