Followers

Thursday, August 11, 2011

Kasih Di Puncak Dingin (Bahagian 1)

        





Hembusan angin dingin nan nyaman menyapa lembut di pipi..hujan rintik-rintik menemani pagi hari yang hening.Makcik Uji bergegas ke tempat kerjanya demi sesuap nasi..kerja biasa sebagai pengemas bilik hotel di pekan berhampiran…Pekan Brinchang tidak lah jauh mana dengan teratak kecilnya..Di sinilah dia menyemai kebahagiaan hidup bersama dua orang cahaya mata. Mereka berdua bagai penyuluh hidupnya setelah kematian suami tercinta..

            Teratak kecil berwarna biru itulah tempat berlindung mereka tiga beranak..dihiasi dengan pokok-pokok mawar berwarna warni yang harum baunya, rimbunan pokok bunga lili yang bermacam-macam jenisnya, bunga dahlia yang merah hati dan jingga, kekwa yang bersusun pasunya, juga daisi yang disusun berselang seli mengikut warna..Semuanya hasil aktiviti kegemaran anak gadisnya Norfazira yang memang gemar menanam pokok-pokok bunga.. Makcik Uji pula suka menanam sayur-sayuran seperti kobis,salad,timun dan kacang buncis serba sedikit.Sekurang-kurangnya ia dapat menjimatkan belanja dapur mereka..

Anak lelakinya Kimi juga bersiap-siap hendak ke sekolah..tinggal lah Fazira yang baru menghabiskan pengajian semester akhirnya di teratak ibunya itu..” Fazira, kau cuba lah tanya paklong kau,  kalau-kalau dia perlukan pembantu kat kedai dia buat sementara waktu ni” Makcik Uji bersuara..” Insya Allah mak,  tengah hari nanti saya pergi jumpa paklong”, jawab Fazira dengan lembut..

            Paklong adalah pemilik perusahaan tanaman seperti stroberi,orkid dan bunga mawar..selain itu beliau juga membuka kios menjual aiskrim buatan sendiri..Tibalah waktu tengah hari, Fazira telah siap menyediakan makanan untuk adiknya bila pulang dari sekolah nanti..Tiba-tiba Kimi pulang dengan muka yang masam..” kau ni kenapa, asal balik sekolah je muka macam ni, apa masalahnya?” Fazira bertanya dengan nada tegas.
“ Saya benci lah dengan cikgu taiko tu!”….’cikgu taiko mana pulak ni? Getus Fazira di dalam hati..” Akak tak pernah dengar pun nama cikgu taiko ni dulu?’ Fazira kehairanan..
“ Alah akak ni, memang lah..dia ni cikgu baru,..asyik-asyik suruh mak bapak datang jumpa dia, bosan lah”, Kimi meluahkan rasa hatinya..

            Fazira membiarkan Kimi melayan perasaannya.. Kimi memang nakal dan keras kepala.. Makcik Uji telah banyak bersabar dengan kerenah anak bongsu nya itu. Sampaikan dia dah malu nak mengadap muka dengan cikgu itu setiap kali dipanggil..Kali ini mungkin Fazira pula yang terpaksa berjumpa dengan guru disiplin yang bergelar taiko itu. Waktu dah hampir jam dua petang..selesai solat dan makan tengah hari Fazira bergegas ke sekolah adiknya dengan menaiki motosikal..selepas itu dia bercadang ke tempat paklong nya pula..Insya Allah..

Bersambung…



** Cerpen ini tidak pernah ada kene-mengena dengan yang hidup atau yang telah mati..harap maklum

0 comments: