Pintu bilik guru disiplin diketuk sambil memberi salam..salam disambut dari dalam..terdengar suara menyuruh masuk..suara itu sangat tegas, kecut hati Fazira untuk meneruskan langkah..namun diteruskan jua demi adik yang dikasihinya..
Kelihatan wajah guru yang digelar taiko itu seolah-olah tergamam.Wajahnya tak sebengis yang disangka...dengan kelam kabut dijemputnya Fazira duduk..” maaf cikgu, kalau saya mengganggu” Fazira bersuara..” Eh, takde lah..err silakan duduk cik, apa tujuan cik datang ke mari, nak panggil cik ape ye?” cikgu itu bertanya sambil merenung tajam. Fazira seperti tidak selesa dengan situasi itu.” Saya Norfazira, saya datang ni berkenaan dengan hal adik saya Hakimi ….kali ni apa masalah dia cikgu?..saya harap cikgu dapat maafkan dia dan berilah dia peluang ya”, Fazira memberanikan diri berbicara..
“ Oh, macam ni cik Norfazira..sedap nama tu macam nama pelakon”, sempat lagi cikgu tu nak bergurau senda..” Biasa lah budak-budak nak meningkat remaja, masing-masing nak tunjuk handal..nak tunjuk samseng..saya harap cik jangan bimbang..saya akan pantau disiplin adik cik ni dari masa ke semasa, Insya Allah mudah-mudahan dia boleh berubah”, terang cikgu itu.
Cikgu yang bernama Sharif itu tidak memberitahu cerita yang sebenar tentang Kimi yang telah terlibat dengan satu pergaduhan di sekolah…mungkin dia kasihan melihat kegusaran yang tergambar di wajah ayu milik Fazira itu.. dengan perasaan lega Fazira meminta diri dengan sekuntum senyuman manis..cikgu Shariff tidak melepaskan pandangannya walau sekilas pun…cepat-cepat Fazira mengatur langkah kerana guru lelaki itu juga mengiringinya keluar, sementelah dia pun ingin pulang…” lewat juga ya cikgu pulang hari ni”, Fazira terpaksa menyapa kerana cikgu Shariff sudah mengiringi langkahnya..
” aah, nak jemput anak di rumah pengasuh..macam ni lah nasib anak yang takde mak”, cikgu Shariff tersenyum dan cuba berbual panjang…namun Fazira cepat-cepat melangkah berlalu pergi..
“ Assalamualaikum Maklong, Maklong sihat?” Fazira menyapa Maklongnya.
“ Waalaikumussalam, Alhamdulillah maklong sihat”, Maklong tersenyum kelat..Fazira faham yang Maklongnya memang kurang menyenanginya….sejak Fazira berjaya melanjutkan pengajian di IPTA, sikap maklong semakin dingin terhadapnya.Mungkin Maklong kecewa kerana Shahida anak tunggalnya tidak dapat memenuhi impiannya.. Shahida telah disunting pada usia yang terlalu muda dan kini bahagia bersama suami dan dua orang puterinya..namun begitu hubungan Fazira dan Shahida sangat baik..
Pelanggan di kedai Paklong semakin ramai..Fazira dengan penuh yakin membantu melayan kerenah pelanggan di situ.. Tanpa dia sedari ada sepasang mata redup merenung ke arahnya..
Bersambung…
0 comments:
Post a Comment