Followers

Sunday, September 18, 2011

Kasih Di Puncak Dingin (Bahagian 3)


           
            Dari jauh Fazira memerhati Paklongnya yang sedang melayan seorang pelanggan lelaki. Kelihatan Paklong sedang memilih orkid untuk dijual kepada pelanggannya itu.

           Terbantut niat Fazira untuk bertemu dengan Paklong yang selama ini banyak mengambil berat tentang diri dan keluarganya.” Fazira tolong jaga kaunter ye, Maklong nak keluar kejap”, tiba-tiba Maklong bersuara..Fazira tersentak dan mengangguk lesu..pelanggan sudah semakin kurang..keadaan kedai hampir lengang..dari jauh Fazira lihat Paklong sedang sibuk memasukkan beberapa pasu orkid ke dalam kereta seorang pemuda..Fazira melemparkan senyuman kepada Paklongnya..Paklong melambai tangan dan tersenyum..pemuda itu pun turut tersenyum..kelihatan Paklong berbual-bual sambil berjalan ke arah kedai..Pemuda itu semakin menghampiri kaunter dan menghulurkan sejumlah wang...dengan iringan ucapan terima kasih Fazira menguntumkan senyuman kepada pemuda itu...mereka saling bertentang mata, namun Fazura lantas tertunduk kaku, menepis renungan pemuda  itu..

            Pemuda itu sangat ingin bersuara mengutuskan salam perkenalan namun pertemuan itu terlalu awal dan atas dasar hormat kepada orang tua jugalah..dia terpaksa mengalah..pemuda itu berlalu pergi seperti pelanggan-pelanggan yang lainnya juga..namun ada harapan yang tersemat di jiwanya..Fazira merenung setiap langkah pemuda itu..berlalunya dia seperti meninggalkan harmoni di jiwa Fazira..”

“Fazira..termenung jauh nampak” sapa Paklong yang nampak keletihan. Fazira tersenyum berlagak selamba.. Salam dihulur dengan penuh rasa kasih sayang..” Paklong, sebenarnya saya datang tadi nak minta izin untuk bekerja di kedai Paklong ni..tapi bila dah ramai sangat pelanggan tadi tak sempat pulak saya nak beritahu dulu”, Fazura menerangkan dengan bersungguh-sunggh.” Ooh..Paklong pun memang berhajat nak pergi ke rumah kamu semalam, nak bagitau hal ini lah tapi semalam Maklong ajak Paklong ke Ipoh..menjenguk cucu”, Paklong bersuara..” Tak pe, sementara ni kamu kerja dengan paklong, buatlah apa yang patut..lagipun kamu ni bijak..Paklong memang lega sangat kalau kamu dapat tolong’, pinta Paklong dengan penuh berharap..


            “ Paklong..banyak juga customer tadi tu beli orkid ye” Fazira bersuara..”ooo..customer tadi tu ke? Dia tu kerap datang ke sini atas urusan kerja..orkid tu dibelikan untuk mak nya….emm, tak silap Pak Long tadi, nama dia Hazizan..dia suruh Paklong panggil Ijan, ramah budak tu” panjang pulak jawapan Paklong…




     
Selesai sudah urusan perniagaan di kedai Paklong hari itu..dan hari pun semakin menginjak ke senja..
Fazira bergegas pulang ke rumah..Ibunya telah dulu tiba dari nya..Kimi leka menonton televisyen..dalam keadaan yang letih , Fazira tetap membantu ibunya di dapur untuk menyediakan juadah makan malam..
            “ Zira, kebelakangan ni mak dah jimat duit belanja makan tau” ibu nya bersuara riang..” kenapa pulak mak?” Fazira kehairanan.. “ ada sorang penyewa bilik ni, kerap sangat beli makanan kat mak dan kawan-kawan mak” ibunya tersenyum..”habis, mak suka la tu....hati-hati mak,belum tentu mak kenal orang tu baik ke tak” Fazira berkeras..

“ Insya Allah, dia baik orang nya..tapi mak tak ingat la nama dia..tak ingat sungguh..yang pasti dia lebih tua dari Zira empat atau lima tahun” ibunya menerangkan..
“ biarlah mak, dia tua ke muda..Zira tak suka mak layan orang yang kita tak kenal” Fazira membantah…” tak pe mak, mak jangan risau, ada cikgu duda kat sekolah Kimi tu..senang-senang mak pinang cikgu tu untuk kak Zira..haha” tiba-tiba Kimi menyampuk dari belakang..

           Fazira terdiam menahan marah..tiba-tiba dia terbayang wajah cikgu Sharif..dan perbualan cikgu itu dengan nya di siang tadi…cikgu tu telah berterus terang yang anaknya memang ketiadaan ibu..eeee..cikgu tu ke?..memang nak kena kau ni Kimi.. Fazira memandang adiknya dengan jelingan yang tajam..Kimi tersenyum selamba..Mak Cik Uji menggelengkan kepala melihat gelagat anak bongsunya yang nakal itu

______________________________________________________________________________

Minggu demi minggu berlalu..rutin harian Fazira tetap sama, membantu Paklongnya di kedai, namun dia tidak pernah jemu ..Dalam pada masa yang sama dia juga tidak lupa mencari kerja lain..tapi hati kecil nya lebih kepada ingin dekat dengan ibu nya selalu..

Pagi itu Fazira tidak membantu Paklong nya kerana mereka sekeluarga ke Ipoh menjenguk cucu.Paklong ada mempelawa Fazira namu dia menolak dengan baik..lagipun dia memikirkan keselesaan mereka sekeluarga..Fazira lebih senang berada di rumah..tiba-tiba bunyi deruman enjin kereta di luar rumah..tak pasti siapa, Fazira memerhati di jendela..kelihatan seseorang memapah ibunya keluar dari kereta..


bersambung...




2 comments:

Ungu Violet said...

tulis cerpen ke...hebat..

ungu pun suka baca cerpen ke..novel ke..:)

Tihara said...

hehe..tk hebat mane laa..cerpen stok zaman budak2 dlu..tempek kat sini :)